Skip to main content

DROPSHIP BEA HIJAB

SYARAT-SYARAT

Kepada pelanggan yang berminat menjadi DROPSHIP BEA HIJAB, dibawah adalah beberapa syarat sebagai dropship

  • TIADA YURAN PENDAFTARAN
  • Untuk menjadi Dropship,  anda perlu mendaftar dan wajib mengunakan Link URL/ds ID yang akan hanya diberikan didalam akaun dropship
  • Perlu Mendaftar dan menggunakan Link URL dropship ID dari akaun dashboard dropship
  • Selepas pendaftaran, pihak admin akan meluluskan permohanan anda sebagai Dropship dan admin akan whatsapp anda link jemputam ke group support telegram.
  • Anda boleh access ke website dashboard akaun Dropship Bea Hijab dengan username Dropship yang didaftarkan dan dapatkan Link URL dropship id
  • Setiap urusniaga pembelian produk oleh customer hanya boleh dilakukan di dalam website sahaja
  • Gambar produk dan detail boleh didapati dari website, facebook page dan applikasi Telegram.
  • Dropship diwajibkan mempunyai aplikasi TELEGRAM bagi memudahkan untuk perkongsian maklumat dan gambar.
  • Harga promosi di website akan berubah dari semasa ke semasa. Admin akan mengemaskini Promosi terkini di dalam channel telegram
  • Sebarang aduan pembeli atau urusan penukaran hendaklah dimaklumkan kepada kami dahulu melalui group whatsapp Customer Service. Hanya penukaran disebabkan kerosakan, kesalahan ukuran dan size sahaja dibenarkan
  • Semua barang akan dihantar kepada pos laju selewatnya 2-3 hari selepas bayaran dibuat. No tracking akan dikemaskini terus ke dalam website dashboard akaun pembeli

KELEBIHAN MENJADI DROPSHIP BEA HIJAB

  • Setiap Dropship yang berdaftar akan menerima link website url peribadi (link dengan id dropship) yang akan berfungsi sebagai Call To Action link.
  • Urusniaga pembelian akan dilakukan terus oleh pembeli melalui website.
  • Dropship akan menikmati *10% komisyen untuk setiap produk yang dibeli oleh pelanggan website yang menekan link id website dropship
  • Dropship boleh monitor setiap penjualan dan jumlah komisyen dari dashboard dropship akaun di website
  • Pembayaran komisyen akan dibuat setiap hari kedalam akaun bank dropship
  • Tidak perlu modal
  • Kami akan kongsikan tip-tip untuk meningkatkan jualan semasa ke semasa dengan setiap pengedar agar lebih proaktif dengan jualan
  • Mendapat keizinan menggunakan info gambar, katalog dan sebagainya di facebook, website, dan Instagram BEA HIJAB

* Nilai komisyen akan berubah bergantung kepada Promosi dari HQ

FAQ-DROPSHIP

Gambar, content dan video produk untuk tujuan promosi dan marketing boleh diperolehi dari mana?

Boleh diperolehi terus dari Website, FB Page, Instagram dan Channel Telegram team Dropship

Dropship perlu kumpul order pelanggan terlebih dahulu atau boleh terus buat order pada HQ setiapkali ada order?

Dropship hanya perlu mempromosikan setiap koleksi tudung secara online di Media Sosial dengan Website Link URL ID. Dropship akan menerima komisyen dari setiap pembelian di website yang datang dari pembeli yang menekan link tersebut.

Komisyen akan dibayar terus ke akaun bank dropship setiap kali ada pembelian di website

Macam mana cara pembayaran oleh pembeli & bagaimana dropshipper nak bayar kepada HQ?

Dropship tidak perlu membuat sebarang pembayaran kepada HQ. Setiap pembelian hanya dilakukan oleh pembeli di dalam website melalui link url dropship.

Sistem akan merekodkan jumlah pembelian dan komisyen yang datang dari setiap link url dropship. Lebih efektif dan menjimatkan masa, tidak perlu lagi menggunakan link whatsap dan perlu reply secara manual

Stok tersedia boleh semak di mana?

Stok tersedia boleh semak di website atau boleh rujuk senarai yang sentiaasa dikemaskini di channel telegram

Cara promosi akan di ajar ke?

Kaedah mempromosi tidak diajar secara menyeluruh. Hanya kaedah mudah dan praktikal mempromosi di media sosial akan dikongsi secara online zoom kelas dan channel telegram. Kaedah pengiklanan berbayar (FB Ads, IG Ads dan Google Ads) akan diajar kepada dropship yang telah mencapai target jualan dan telah dinaiktaraf sebagai ke Dropship Premium

Bagaimana nak dapatkan contoh ayat iklan, caption atau copywriting

Adalah digalakkan untuk menulis sendiri ayat iklan tetapi untuk lebih memudahkan dropshipper boleh copy and paste terus dari website, Instagram atau Fb Page Bea Hijab. Contoh copy writing juga ada diberikan di dalam channel telegram dropship

Bagaimana Pembeli Nak Tahu Berkenaan Status Pesanan?

HQ akan mengemaskini No. Tracking pesanan ke dalam website. Pembeli hanya perlu log in dan track status pesanan di website

Adakah BEAHIJAB akan pantau akaun instagram atau facebook yg didaftarkan semasa pendaftaran Dropship?

Ya secara dan hanya untuk memastikan Dropship tidak mempromosi produk Bea Hijab dengan cara yang tidak betul atau menukarkan harga yang tidak selari dengan promosi HQ

Sekiranya jualan tidak mencapai target yang ditetapkan, adakah sebarang Tindakan akan dikenakan oleh pihak HQ?

Tidak. Sekiranya masih berminat pihak HQ akan terus membantu membimbing Dropship sehingga mencapai target yang telah ditetapkan. Komitmen dan konsistensi dropship amatlah diharapkan. Kalau dropship lain boleh kenapa anda tidak?

Bagaimana Dropship nak dapatkan info tentang harga promosi terkini?

Dropship boleh rujuk harga promosi di website atau channel Telegram

Komisyen Dropship akan berubah mengikut Promosi yang ditetapkan HQ

Komisyen Dropship adalah tetap walaupun Harga Promosi dari HQ berubah. Namun dropshiper akan dimaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan nilai komisyen kelak

PROSEDUR PENDAFTARAN DROPSHIP

PENDAFTARAN DROPSHIP :

  1. Klik butang [DAFTAR SEKARANG] di bawah
  2. Di dashboard sila klik butang [Registration]
  3. Isi maklumat yang dikehendaki didalam borang dropship. Sila catit username dan password yang didaftarkan.
  4. Tick checkbox “I’m not a robot” dan tekan butang [Sign Up]
  5. Popup akan keluar menunjukkan anda telah berjaya mendaftar.
  6. Status akaun dropship anda masih pending approval dan pihak kami akan meluluskan permohonan selepas 1-2 hari
  7. Selepas permohonan diluluskan, admin akan whatsapp anda link group support telegram.
  8. Sila buka website dan pilih log in Dropship With Bea Hijab dan log in menggunakan user id dan password yang anda daftarkan didalam borang pendaftaran.
  9. Setiap jualan dan transaksi bayaran komisyen boleh dilihat dari dashboard akaun dropship anda ini

GENERATE LINK URL DROPSHIP/AFFILIATE:

  1. Di Dashboard akaun dropship anda, sistem akan generate secara automatik affiliate URL Link/DS ID anda sendiri
  2. Copy url link anda ini
  3. Anda boleh paste affiliate/dropship url link tersebut  DAN gunakan link tersebut sebagai Call To Action di setiap posting anda di sosial media.
  4. Pelanggan akan klik link url anda untuk membuat pembelian di website dan setiap jualan dari link anda tersebut akan direkodkan oleh sistem website.

PENDAFTARAN DROPSHIP BEA HIJAB